Search This Blog

Showing posts with label Artikel Bahasa Melayu. Show all posts
Showing posts with label Artikel Bahasa Melayu. Show all posts

Kena tag la plak...

SEBENARNYA saya telah di tag oleh Kak Roshatika untuk menyenaraikan 8 fakta tentang diri saya. Untuk tugasan ini saya harus mematuhi empat peraturan iaitu:-

a. Saya dikehendaki post peraturan ini sebelum menyenaraikan lapan fakta tersebut.
b. Menyenaraikan lapan fakta tentang diri saya.
c. Pilih lapan blogger lain untuk di tag.
d. Tinggalkan komen di blog mereka menyatakan mereka telah di tag.

Kerana saya telah menyahut tugasan ini maka di bawah ini saya senaraikan lapan fakta tentang diri saya yang mungkin anda semua tidak mengetahuinya.

Fakta 1
Saya anak bongsu dan satu2nya anak perempuan dari 5 beradik. Ada 5 orang lagi adik beradik tiri merangkap sepupu sebelah ayah. Kematian emak ketika usia hampir 22 thn.

Fakta 2
Budak pandai masa skolah rendah n lower form..(perasan... hehhe)... dpt 4A UPSR (masa tu UPSR ada 4 subjek je), 9A PMR... SPM (sains) grade 1, sambung asasi sains fizikal sethn pastu sbg degree kat UM dlm engineering 4 thn.

Fakta 3
Pernah menghadiri lebih 10 interview utk bekerja, menganggur hampir sethn sebelum bekerja sbg pekerja kilang... (engineer maa)

Fakta 4
Saya rajin buat blog tapi tak rajin nak update... saya ada lebih dari 6 blog.. nak tahu blog apa cari la sendiri... heheh

Fakta 5
pendiam orgnya... tgh nak berubah nak jadi peramah... heheh... org ramah ni senang nak wat duit ... heheh

Fakta 6
Cita2 nak jadi suri rumah cyber.... heheheh... nak jadi jutawan internet la...

Fakta 7
Teringin nak melancong 1 dunia... Negeri2 kat MAlaysia ni sumer dah pegi dah...

Fakta 8
agak misteri orgnya... hehhe.. apa yg misteri?? misteri la... takleh bagitahu nanti tak misteri plak...

oklah... sapalah mangsa seterusnya... oleh kerana saya di tag dr mybloglog jadi saya tag 8 org berikut dr mybloglog :

1)zublizainordin
2)CamarPutih
3)laling
4)zureyna
5)erzua_anna
6)Waliz
7)acesmave
8)Misya

Kerja seorang photographer

Sepasang suami isteri dah lama mencuba utk mendapatkan anak. Lalu satu hari mereka
bersetuju utk menggunakan kaedah "anak tumpang" atau kata lain, isterinya itu
menggunakan benih lelaki lain utk mengandung. Setelah bersetuju dan memilih bakal
lelaki yang akan "menyedekahkan" (heheh) spermnya, maka satu hari si suami berkata.
"Ok sayang, abang pergi dulu... sebentar lagi lelaki tersebut akan datang... "
(lelaki yang nak gunakan sperm dier la..)

Kebetulan sebelum lelaki tersebut muncul, tiba2 seorang photographer bayi datang
meng'offer'kan servisnya. "Selamat pagi puan. Saya datang utk.. "belum sempat habis
photographer itu bercakap, si isteri memotong kata2nya dan berkata "oh ya..saya memang menunggu awak." "Errr ya ka?" kehairanan photographer tu. "Kalau macam tu..bagus la. Saya dah buat banyak bayi yang istimewa. (maksudnya gambar yang baik la.. )

"Itu la yang suami dan saya harapkan.." kata si isteri.. "silakan masuk.. dan duduk la.."

"Hmmm macamana kita nak start " tanya si isteri setelah beberapa ketika...

"Serahkan pada saya puan... saya selalunya buat di bathtub... sekali kat atas
sofa.. dan beberapa kali di katil.. kekadang kat atas lantai di ruang tamu saja..
itu pun seronok juga..anda akan benar2 enjoy... " kata lelaki tadi menerangkan
tempat2 yang sesuai utk diambil gambar.

"Bathtub, atas lantai... Patutlah ianya tak
pernah berkesan pada saya dan suami..kami selalu lakukan di bilik tidur saja..
"jelas isteri ...

"Puan, tak da orang yang bleh grenti ianya baik setiap kali.. tapi kalau kita
pelbagaikan posisi dan saya shoot dari beberapa angle.. saya jamin... anda akan
suka dengan resultnya... Si isteri ..tercengang... "Puan..dlm keja saya
nie..seseorang mesti mengambil masa skit..saya suka. berada diluar dan didalam buat
beberapa ketika.. tapi tentu puan tak suka.. "Macam saya tak tau " kata si
isteri..Photographer tadi mengeluarkan gambar2 bayi yang sungguh comel dari
briefcasenya.. "yang ini saya buat maser di atas bus kat London.. "Hah!... atas bas
?" terkejut si isteri... "Yang kembar ini plak memang tak disangka2.. bila anda tau
bahawa memang susah nak bekerjasama ngan emaknya.. " kata photograper tadi..
"Emaknyer susah nak bekerjasama ?" tanya si isteri.. "Ya... memang susah.. sehingga
saya terpaksa bawa dia ke Hyde Park utk buat keja dengan baik.. orang ramai
mengerumuni kami ketika itu..utk melihat dengan jelas apa yang kami lakukan... "
"Didepan public " "Ya..dah tu..lebih kurang 3 jam baru selesai.. emaknya..
menjerit.terpekik.. sehingga saya tak boleh nak concentrate..bila tupai2 dah datang
menghampiri alat saya.. saya terpaksa berhenti melakukannya.. "cerita si
Photograper.. "awak maksudkan tupai2 tu really usik awak punya... .alat " tanya si
isteri.. "Ya puan... tak per la.. Puan dah bersedia ker.. Saya akan siapkan tripod
... lepas tu kita akan mulakan.. "Tripod ?"nak buat aper.. "tanya siisteri..
"OH..itu utk laraskan alat saya nanti... ianya terlalu besar utk saya pegang
lama-lama.. " "er puan. Puan la..dier pengsan!!!

Lupa .. Terlupa ... Tak Ingat ?

Adakah kerana kita semakin tua menjadi pelupa?
Asyik lupa di mana kali akhir meletakkan suatu barang.
Kena marah kerana lupa tarikh penting.
Lupa makan ubat.
Lupa kunci pintu.
lupa tutup kipas.
Lupa arah jalan
Lupa nama orang.
Lupa buat tu... Lupa buat ni... Dan macam-macam lupa lagi...

Sebenarnya, kita dapat meningkat daya ingatan atau mengurangkan risiko menjadi pelupa dgn mengamalkan tips-tips di bawah secara berterusan. Lebih baik jika kita mempraktikkan ketika usia masih muda supaya kelak di hari tua kita tidak menjadi terlalu pelupa.


Antaranya tips untuk mengelakkan gejala lupa:

Baca Al-Quran


Sekiranya anda seorang Muslim, amalkan membaca Al-Quran walau sehelai muka surat setiap hari. Membaca Al-Quran dapat menerang jiwa, menenangkan perasaan dan menajamkan daya ingatan dengan lebih baik.



Amalkan Tidur Yang Cukup


1/3 hidup kita dihabiskan dengan tidur. Namun ada orang yg suka tidur lewat atau mengabaikan tidur yg cukup. Badan perlu rehat. Keletihan hanya akan mengganggu maklumat/data yang telah disimpan oleh otak dan juga menjejaskan kemampuan untuk mempelajari sesuatu yg baru. Oleh itu, amalkan tidur yg cukup di malam hari kerana ia dapat membantu daya ingatan kita berfungsi.


Mengawal Tekanan


Tekanan hanya akan membuat jiwa anda tidak tenteram dan menyebabkan kesihatan anda terganggu. Anda juga lebih cenderung untuk menjadi seseorang yang tidak peka dengan keadaan persekitaran. Anda tidak dapat berfikir dengan jelas dan daya ingatan anda juga terjejas. Oleh itu, kawal tekanan anda dengan baik seperti bermeditasi, membaca Al-Quran, yoga, sauna, aromaterapi dan sebagainya.


Berhati2 Dengan Pengambilan Vitamin atau Makanan Tambahan


Sesetengah produk yg dijual di kaunter atau farmasi tidak sesuai dengan kita. Ada yg kononnya dapat meningkatkan daya ingatan Tetapi sebaliknya ada yg memberi kesan sampingan. Oleh itu, lebih baik jika kita mendapatkan vitamin yg diperlukan oleh tubuh badan kita dengan pemakanan yg seimbang atau rujuk dahulu doktor yg bertauliah sebelum membeli makanan tambahan.


Bersenam


Bersenam dapat menggerakkan otot-otot dan melancarkan peredaran darah ke otak.Oleh itu, daya ingatan kita juga akan menjadi lebih baik.Amalkan senaman walaupun sekadar berjalan kaki.


Elakkan Kemurungan


Kemurungan dalam hidup akan menyebabkan hidup anda tidak ceria. Anda sentiasa berada dalam keadaan tidak segar dan rasa kecewa. Lama-kelamaan ia turut menjejaskan daya ingatan anda dan membuat anda tidak hirau dengan persekitaran anda. Ubatilah kemurungan sebelum menjadi serius dengan berjumpa psikiatri atau beramal-ibadah mendekatkan diri kepada Tuhan.

Awasi Pengambilan Ubat

Daya ingat mungkin menjadi lemah dengan pengambilan ubat-ubatan tertentu seperti pil hormon, ubat darah tinggi, anti-kemurungan dan sebagainya. Jika anda menghadapi masalah daya ingatan disebabkan pengambilan ubat, konsultasi dengan doktor. Jgn mengambil ubat tanpa arahan doktor.

Belajar Sesuatu yang Baru


Cubalah aktifkan pemikiran anda dengan mempelajari sesuatu yang baru misalnya Bahasa Jepun, kursus kemahiran jangka pendek, menjahit, atau menghadiri ceramah dan motivasi.


Permainan


Bermain sesuatu permainan seperti board games dapat merangsang minda. Contohnya, catur, scrabble (Sahibba) dan Monopoli. Selain itu, teknologi sekarang lebih baik seperti permainan komputer dan Playstation. Pilihlah jenis permainan yg mencabar minda.



Banyak Membaca

Jadikan amalan membaca sebagai kegiatan harian. Membaca dapat meluaskan pengetahuan, mengembangkan minda dan menajam daya ingatan. Cuba ingat sedikit-sebanyak fakta yg terkandung di dalam bahan bacaan.

Katakan Berulang Kali


Untuk meningkat ingatan anda tentang sesuatu maklumat atau tarikh, katakan dengan kuat dan berulang kali sehingga anda benar-benar ingat akan maklumat tersebut.



Fokus


Daya ingatan dapat dilancarkan sekiranya anda sering fokus dalam sesuatu, contohnya matlamat hidup. Anda juga d
apat belajar fokus dengan menumpukan fikiran anda pada sesuatu perkara dan mencatatkan apa yg anda fikirkan.



Bermain Dengan Angka


Asahkan minda anda dengan cuba bermain dengan angka seperti mengingati nombor telefon rakan-rakan. Selain itu, anda boleh menghubungkaitkan angka2 tersebut dengan sesuatu bagi meningkatkan daya ingatan.

Related Posts with Thumbnails

Followers